Tuesday 14 October 2014

Skateboarding



Skateboarding adalah sukan tindakan yang melibatkan menunggang dan melaksanakan helah menggunakan papan selaju. Skateboarding juga boleh dianggap sebagai aktiviti rekreasi, satu bentuk seni, pekerjaan, atau kaedah transportation.Skateboarding telah dibentuk dan dipengaruhi oleh banyak skateboarders sepanjang tahun. Satu laporan 2009 mendapati bahawa pasaran skateboarding bernilai kira-kira $ 4800000000 dalam pendapatan tahunan dengan 11080000 skateboarders aktif di dunia.

Tuesday 8 October 2013

Melukis

Melukis adalah hobi saya, karna melukis dapat meningkatkan konsentrasi, daya ingat dan kesabaran saya.
Dari hasil melukis kita pasti akan mendapatkan kepuasan tersendirinya, karna kita dapat melihat hasil karya warna yang kita tumpahkan ke media yang kita gambar.Saya suka melukis kerana ia memberi ketenangan dan kepuasan kepada diri saya.Selepas kerja sekolah,saya akan melakukan hobi ini sama ada di rumah atau di kelas melukis.Ibubapa saya adalah orang yang sentiasa memberi galakan kepada saya.Mereka selalu menggalakkan saya mnyertai pertandingan mewarna dan melukis sama ada di tempat awam atau di majalah dan surat khabar.Saya mendapat idea melukis dari bahan bacaan


Monday 7 October 2013

Menyanyi

Semasa kecil, saya sangat suka menyanyi. Namun, saya tidak pula hafal lagu-lagu. Saya hanya tumpukan minat nyanyian saya kepada lagu-lagu yang sering berbunyi di telinga yang kebanyakannya adalah lagu dari kaset yang dimainkan di dalam kereta. Kadang-kadang lagu Raihan, kadang-kadang lagu Spring. Lagu-lagu Hindi kegemaran saya rakam ke dalam kaset, mereka menjadi lullaby untuk tidur.

Ketika itu, nyanyian dan lagu saya setkan menjadi hobi.

Semasa sekolah, ketika waktu prep, saya keluar dan duduk di kawasan tangga dan menyanyi. Sedap atau tidak, itu lain ceritalah.

Mengenang kembali zaman 'muda'.

Namun, hidup ini bukan semuanya tentang lagu dan nyanyian. Hobi seorang muslim ialah mengukuhkan hati. Hati-hati yang dikukuhkan termasuklah diri sendiri dan orang lain. Mereka akan mencari pelbagai cara untuk mencapai matlamat itu, termasuklah melalui lagu dan sebagainya.

Sunday 6 October 2013

Memancing


Membaca Buku

Setiap orang pasti mempunyai hobi atau benda yang akan dilakukan selalu kerana itu adalah kegemarannya. Seperti saya,saya memang suka membaca. Dari majalah hingga ke novel mahupun cerpen,saya memang suka membaca. Membaca bukan sekadar hobi tetapi saya dapati dengan membaca,kita boleh menambah ilmu pengetahuan. Dari bidang yang kita ceburi hingga lah bidang baru yang ingin kita ceburi,semuanya kita boleh dapat ilmu dengan membaca. Walaupun kini internet hanya dihujung jari tetapi sesetengah  orang lebih suka memilih untuk membaca bagi mendapatkan maklumat terkini. Ini kerana ada sesetengah maklumat yang didapati dari internet tidak dari sumber yang benar. Jadi,hasilnya kita hanya dapat maklumat yang palsu.

Membaca majalah adalah satu salah satu sumber maklumat yang terkini,yang boleh kita perolehi. Dari fesyen,barang-barang terkini,semuanya kita boleh perolehi dari majalah kesukaan kita. Pelbagai majalah yang boleh kita perolehi hari ni di pasaran. Majalah yang menjadi pilihan saya setiap bulan adalah majalah REMAJA yang sememangnya menjadi kegemaran saya sejak saya masih di alam persekolahan lagi. Dari majalah ini,saya dapati banyak info-info terkini yang boleh saya perolehi. Ruangan dalam majalah ini yang menjadi pilihan saya selalu ialah ruangan Mix & Match dan ruangan Bajet.

Mengumpul Setem

Hobi saya adalah mengumpul setem. Saya telah mula mengemari mengumpul setem sejak tiga tahun yang lalu. Ia bermula apabila seorang sahabat pena saya yang berada diSingapura telah menghantar sepucuk surat kepada saya. Saya amat menyukai setem yang telah ditampalkan pada sampul surat itu. Sejak itu, saya mula mengumpul setem yang saya perolehi daripada surat-surat sahabat saya yangada di dalam dan luar negeri. Selain itu, ayah dan ibu serta abang saya juga ada memberi beberapa helai setem. Saya menyimpan setem-setem itu di dalam album setem.

Bermacam-macam bentuk setem tetapi biasanya berbentu segi empat tepat. Gambar yang ada pada setem itu jua ada banyak corak d
an warna. Ada yang menunjukkan tempat atau bangunan di sebuah tempat, ada juga yang mempunyai gambar binatang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.

Melayari Internet

Lihat pada tajuk dan gambar diatas, tentu anda sudah dapat meneka hobi saya.
Ya! saya suka Surf Internet atau dalam bahasa, Melayari Internet.
Masyarakat menyatakan internet dapat melalaikan dan memberi kesan negatif pada individu.
Tapi saya kata, ia bergantung kepada individu yang menggunakan internet.
Jika buruk niat untuk melayari internet, maka buruklah hasilnya.
Saya suka melayari internet bukan semata-mata untuk membuka Facebook atau Instant Message dengan kawan, tetapi mencari maklumat dan belajar ilmu yang baru.

Hobi itu sendiri bermaksud melakukan aktiviti yang digemari pada waktu lapang.
Setiap hari saya melayari internet bukan kerana saya sentiasa mempunyai waktu lapang, 
tetapi internet mempunyai segala maklumat supaya saya dapat menjadi individu yang lebih baikanak yang solehahpelajar yang cemerlang dan sudah tentu hamba yang taat pada perintahNya.

Shinee - Key