Sunday 6 October 2013

Membaca Buku

Setiap orang pasti mempunyai hobi atau benda yang akan dilakukan selalu kerana itu adalah kegemarannya. Seperti saya,saya memang suka membaca. Dari majalah hingga ke novel mahupun cerpen,saya memang suka membaca. Membaca bukan sekadar hobi tetapi saya dapati dengan membaca,kita boleh menambah ilmu pengetahuan. Dari bidang yang kita ceburi hingga lah bidang baru yang ingin kita ceburi,semuanya kita boleh dapat ilmu dengan membaca. Walaupun kini internet hanya dihujung jari tetapi sesetengah  orang lebih suka memilih untuk membaca bagi mendapatkan maklumat terkini. Ini kerana ada sesetengah maklumat yang didapati dari internet tidak dari sumber yang benar. Jadi,hasilnya kita hanya dapat maklumat yang palsu.

Membaca majalah adalah satu salah satu sumber maklumat yang terkini,yang boleh kita perolehi. Dari fesyen,barang-barang terkini,semuanya kita boleh perolehi dari majalah kesukaan kita. Pelbagai majalah yang boleh kita perolehi hari ni di pasaran. Majalah yang menjadi pilihan saya setiap bulan adalah majalah REMAJA yang sememangnya menjadi kegemaran saya sejak saya masih di alam persekolahan lagi. Dari majalah ini,saya dapati banyak info-info terkini yang boleh saya perolehi. Ruangan dalam majalah ini yang menjadi pilihan saya selalu ialah ruangan Mix & Match dan ruangan Bajet.

1 comment:

  1. The Most Iconic Video Slots On The Planet - Jancasino
    The most iconic video slot is the 7,800-calibre casinosites.one slot machine apr casino called Sweet Bonanza. This slot machine was www.jtmhub.com developed communitykhabar in jancasino 2011, developed in the same studio by

    ReplyDelete

Shinee - Key