Sunday 6 October 2013

Bermain Badminton

Permainan Badminton
Hobi saya ialah bermain badminton. Saya bermain badminton sejak saya berumur sepuluh tahun. Saya pun telah diajar oleh ayah saya and kakak saya untuk bermain badminton sejak saya berumur sepuluh tahun. Saya masih ingat kali pertama saya bermain badminton. Bila saya berayun bola badminton dengan raket badminton, saya tercampak raket badminton itu ke atas dan ia jatuh ke kepala saya. Ia sangat sakit. Ayah saya pun menyuruh saya untuk duduk di tempat duduk berdekatan dan melihat ayah saya dan kakak saya bermain badminton. Apabila saya melihat mereka bermain badminton, saya tidak sabar untuk mencuba bermain lagi, tetapi ayah saya menasihat saya untuk rehat. Minggu kemudian, kakak saya menolong saya cara-cara untuk memegang raket badminton dan menunjuk saya cara-cara untuk berayun bola badminton. Bila saya mencuba berayun bola badminton itu, saya berasa sangat bangga dan gembira yang saya boleh bermain badminton dengan betul dan cara-caranya. Selepas itu, kakak saya pun menyatakan peraturan dan undang-undang untuk bermain badminton. Saya sudah lebih tahu cara-cara untuk bermain badminton. Sekarang, saya jarang bermain badminton kerana saya terlalu sibuk dengan kerja sekolah saya, tetapi sukan badminton akan tetap menjadi hobi saya.

No comments:

Post a Comment

Shinee - Key