Monday 7 October 2013

Menyanyi

Semasa kecil, saya sangat suka menyanyi. Namun, saya tidak pula hafal lagu-lagu. Saya hanya tumpukan minat nyanyian saya kepada lagu-lagu yang sering berbunyi di telinga yang kebanyakannya adalah lagu dari kaset yang dimainkan di dalam kereta. Kadang-kadang lagu Raihan, kadang-kadang lagu Spring. Lagu-lagu Hindi kegemaran saya rakam ke dalam kaset, mereka menjadi lullaby untuk tidur.

Ketika itu, nyanyian dan lagu saya setkan menjadi hobi.

Semasa sekolah, ketika waktu prep, saya keluar dan duduk di kawasan tangga dan menyanyi. Sedap atau tidak, itu lain ceritalah.

Mengenang kembali zaman 'muda'.

Namun, hidup ini bukan semuanya tentang lagu dan nyanyian. Hobi seorang muslim ialah mengukuhkan hati. Hati-hati yang dikukuhkan termasuklah diri sendiri dan orang lain. Mereka akan mencari pelbagai cara untuk mencapai matlamat itu, termasuklah melalui lagu dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

Shinee - Key