Sunday 6 October 2013

Bermain Basikal

Hobi saya ialah berbasikal. Saya mendapat basikal pertama saya pada umur lima tahun. Basikal itu mempunyai empat roda. Pada umur enam tahun, saya mencabar diri saya untuk mengayuh basikal menggunakan dua roda sahaja. Sebelum saya boleh menunggang basikal, saya harus mememakai atal keselamatan yang lengkap. Saya sering sekali jatuh. Tetapi dengan sokongan ibu bapa, saya terus berusaha. Lama-kelamaan, saya menjadi lebih mahir. Sekarang, saya menunggang basikal dengan rakan-rakan saya. Kami kadang-kala pergi ke Bukit Batok, Bukit Panjang dan Yew Tee. Sudah lama kita sudah rancang untuk pergi ke East Coast malah, masa tidak izinkan. Hobi saya ini tidak menggunakan banyak duit untuk saya kerana saya tidak perlu peralatan yang mahal. Tetapi saya inginkan sebuah basikal yang lebih canggih. Dengan hobi saya ini, ibu bapa saya tidak perlu risau pasal saya bermain terlalu banyak permainan komputer kerana saya boleh bersenam dalam hobi saya ini.                                                                     

1 comment:

  1. This is just what I was looking for thanks who ever posted this 😀😀😀😀😀😀😀😀😀😀

    ReplyDelete

Shinee - Key